Posts
Showing posts from 2011
E-BOOK DI TERENGGANU
- Get link
- X
- Other Apps
Kategori : SIARAN AKHBAR Pencetus idea penggunaan ebook di Terengganu adalah Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said sendiri yang melihat pembangunan negeri perlu bermula dengan pendidikan dan pembelajaran yang sempurna dan terkini. Beliau ada menyatakan Kerajaan Negeri yakin prasarana yang kondusif adalah penting bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi turut membangunkan minda serta sahsiah pelajar sebagai persediaan menghadapi cabaran global. “Sebagai langkah pertama, Kerajaan Negeri menyediakan 25,000 unit e-Book iaitu mini laptop yang dilengkapi pelbagai perisian buku-buku teks sekolah rendah serta perisian tambahan termasuk al-Quran, doa-doa dan amalan solat yang boleh digunakan oleh semua pelajar Tahun Lima di negeri ini,” katanya selepas melancarkan e-Book sekolah-sekolah negeri Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baru-baru ini (akhir Mei'09). Dengan itu seramai 10,438 murid tahun lima dari 127 seko...
Penempatan EIO beri kesan memuaskan
- Get link
- X
- Other Apps
KUALA TERENGGANU 27 Sept. – Penempatan Eksekutif Teknologi Maklumat (EIO) di 348 buah sekolah rendah dan menengah di negeri ini mampu menambah baik pengurusan dan penggunaan e-Book dalam kalangan pelajar. Pengarah Pelajaran negeri, Razali Daud berkata, penempatan mereka diperlukan kerana pengunaan buku elektronik itu sehingga kini telah melibatkan lebih 72,000 pelajar dan ia memerlukan pemantauan rapi dan berterusan. “Prestasi EIO sangat memuaskan kerana dengan adanya kelas maya dan sekolah maya, kita sangat memerlukan penglibatan dan sokongan tenaga pakar bagi memastikan prasarana yang disediakan dapat beroperasi dengan lancar,” ujarnya. Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Penyerahan e-Book Tahun Empat peringkat negeri dan Dewan Undangan Negeri Tepoh yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Stadium Tertutup Gong Badak, semalam.