E-BOOK DI TERENGGANU
Kategori : SIARAN AKHBAR Pencetus idea penggunaan ebook di Terengganu adalah Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said sendiri yang melihat pembangunan negeri perlu bermula dengan pendidikan dan pembelajaran yang sempurna dan terkini. Beliau ada menyatakan Kerajaan Negeri yakin prasarana yang kondusif adalah penting bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi turut membangunkan minda serta sahsiah pelajar sebagai persediaan menghadapi cabaran global. “Sebagai langkah pertama, Kerajaan Negeri menyediakan 25,000 unit e-Book iaitu mini laptop yang dilengkapi pelbagai perisian buku-buku teks sekolah rendah serta perisian tambahan termasuk al-Quran, doa-doa dan amalan solat yang boleh digunakan oleh semua pelajar Tahun Lima di negeri ini,” katanya selepas melancarkan e-Book sekolah-sekolah negeri Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baru-baru ini (akhir Mei'09). Dengan itu seramai 10,438 murid tahun lima dari 127 seko...